SSM BizCodEX
SSM Business Code Exchange
Enjin Carian Kod Perniagaan
Mula

Mengenai Perkhidmatan

SSM BizCodEX merupakan satu perkhidmatan sistem carian kod bidang perniagaan bagi memudahkan pihak awam mengenal pasti kod bidang perniagaan yang tepat berdasarkan aktiviti perniagaan yang didaftarkan. Portal SSM BizCodEX memadankan Kod Bidang Bekalan dan Perkhidmatan MOF dan Kod Pengkhususan CIDB dengan Kod Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia 2008 Ver 1.0 (MSIC 2008 Ver. 1.0) yang digunakan sebagai standard klasifikasi ekonomi. Perkhidmatan carian terdiri daripada dua (2) kaedah iaitu melalui Kod Bidang Bekalan dan Perkhidmatan MOF atau Kod Pengkhususan CIDB dan terma umum aktiviti perniagaan yang sering digunakan masa kini. Pembangunan perkhidmatan ini adalah kerjasama strategik antara pihak SSM, Jabatan Perangkaan Malaysia(DOSM), MOF dan CIDB bagi memastikan pendaftaran dan pelaporan statistik ekonomi Malaysia dapat dilaporkan dengan tepat.

Apa itu kod bidang MSIC ?

Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) 2008 Ver 1.0 adalah klasifikasi untuk kesemua aktiviti ekonomi di Malaysia dibangunkan berdasarkan International Standard Industrial Classification of All Economics (ISIC) Revision 4 yang telah diterbitkan pada Disember 2006 (dengan keperluan perubahan dan modifikasi untuk memenuhi keperluan negara) oleh pihak DOSM. Ia menggantikan MSIC 2000 yang dibangunkan berasaskan kepala ISIC Revision 3. Tujuan utama MSIC adalah menyediakan satu set kategori aktiviti yang boleh digunakan semasa pengumpulan dan persembahan statistik mengikut aktiviti berkenaan. Industri dibentuk melalui penggabungan unit yang mempunyai persamaan aktiviti utama mengikut kriteria persamaan yang khusus. MSIC boleh digunakan untuk mengeluarkan statistik mengikut aktiviti atau industri bagi enterpris dan juga pertubuhan atau mengikut jenis unit aktiviti. Pihak SSM telah mengaplikasikan kod MSIC 2008 di dalam pendaftaran jenis perniagaan bagi semua entiti perniagaan.

Site B